Baiki Kipas Siling di Kuala Lumpur dan Selangor
Pasukan kami berpengalaman dan profesional dalam menawarkan khidmat baiki kipas siling di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor. Adakah kipas siling anda selalu goyang atau bising? Adakah kipas siling anda kadang kala tidak dapat berfungsi? Ini adalah tanda-tanda bahawa ianya perlu dibaiki. Jangan risau, kami boleh membantu anda menyelesaikan masalah ini!
Pasukan kami dapat membantu anda membaiki atau memasang kipas siling baru. Tidak kira jenama atau model kipas siling yang anda ada, pasukan kami akan menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat dan berkesan.
Perkhidmatan Membaiki Masalah Umum Kipas Siling
Kipas Siling yang Goyang
Adakah kipas siling anda bergoyang dengan ketara? Keadaan ini mungkin disebabkan braket siling anda tidak dipasang dengan baik semasa proses pemasangan yang sebelumnya atau bilah kipas anda tidak seimbang. Anda harus mencari juruelektrik profesional untuk mengetahui punca yang menyebabkan berlakunya masalah ini.
Kipas Siling Bising
Sekiranya kipas siling anda sentiasa mengeluarkan bunyi pengisaran atau bunyi lain, kipas anda mungkin menghadapi masalah motor kipas atau masalah bearing. Pasukan kami dapat membantu anda menentukan punca kebisingan dan membaiki kipas angin.
Kelajuan Kipas Siling yang Perlahan
Adakah kipas siling anda sentiasa tersekat pada kelajuan 1 atau 2 sahaja? Ini mungkin disebabkan oleh komponen elektrik yang rosak di dalam kipas. Biarlah pasukan kami mengenal pasti punca kelajuan kipas yang perlahan sebelum kami mengesyorkan anda tindakan yang tepat untuk membaikinya.
Mengapakah anda harus mendapatkan perkhidmatan membaiki kipas siling?
Kipas siling mungkin memerlukan pembaikian atas pelbagai sebab. Masalah yang biasa dihadapi oleh juruelektrik kami ialah kipas yang tidak berfungsi, kipas yang goyang berlebihan, bunyi bising dan cahaya kipas yang tidak menyala. Walaupun komponen utama kipas siling adalah motor, masalah juga mungkin disebabkan oleh pendawaian elektrik, suis hidup atau mati, dan “bolts” yang menetapkan kipas anda ke siling.
Harap maklum bahawa jika motor kipas anda rosak, biasanya adalah tidak menjimatkan kos untuk membaikinya. Motor kipas biasanya ditetapkan terus ke badan kipas. Oleh itu, keadaan ini akan menjadikan kerja membaikinya memerlukan tenaga kerja yang banyak dan dengan ini, kos akan menjadi mahal. Jika anda mengalami masalah kipas seperti ini, kami akan mencadangkan anda menggantikannya dengan kipas baru daripada membaikinya kerana kos akan lebih murah.
Sekiranya anda tidak pasti sama ada anda harus membaiki atau mengganti kipas yang sedia ada, juruelektrik kami dengan senang hati akan memberi nasihat profesional mereka. Kami mempunyai pengalaman untuk memberikan pelbagai cadangan untuk menyelesaikan masalah kipas siling. Ini termasuk perkhidmatan membaiki masalah umum kipas dan servis membaiki komponen kipas seperti suis lampu, kelajuan dan alat kawalan jauh kipas.
Hubungi pasukan kami untuk mendapatkan nasihat profesional dan cadangan mengenai cara membaiki kipas siling anda. Untuk janji temu, sila hubungi atau hantarkan mesej kepada kami sekarang!
Mengapa Pilih Tukang Rumah Serbaboleh?
Penglibatan kami yang pelbagai kerja menunjukkan bahawa kami dapat menganalisis setiap masalah rumah dengan cepat dan tepat, dan dapat memberikan pengaturan yang berkualiti dan produktif. Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik
Tenaga kerja kami yang cekap di Subang Jaya, Kepong dan Ampang sentiasa bersedia melayani anda. Kami menawarkan perkhidmatan tukang rumah yang terbaik dan cekap dengan kos yang berpatutan.
Soalan Lazim
Bolehkah kipas siling dibaiki?
Walaupun kipas siling dapat dibaiki, sebenarnya adalah lebih penting untuk mengetahui punca utama masalah kipas sebelum anda membuat keputusan. Kadang kala, penggantian kipas siling yang baru adalah lebih menjimatkan kos daripada membaikinya.
Hubungi kami untuk mendapatkan perkhidmatan membaiki kipas siling yang boleh dipercayai hari ini!
Apakah yang akan berlaku apabila kapasitor kipas siling tidak berfungsi?
Kipas siling mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik pada kelajuan tertentu kerana kapasitornya yang rosak. Selain itu, kipas tersebut juga mungkin tidak dapat mula berputar walaupun anda sudah menghidupkannya. Apabila anda menghadapi masalah ini, anda mungkin boleh menghidupkan kipas secara manual dengan cuba memutarkan bilah kipas dengan tangan. Walau bagaimanapun, ini bukannya penyelesaian jangka panjang.
Oleh itu, anda harus menghubungi kami sekiranya anda menghadapi masalah ini agar kami dapat mengenal pasti puncanya dan menyelesaikan masalah untuk anda!
Adakah juruelektrik dapat membaiki kipas siling?
Juruelektrik dapat memberikan servis membaiki kipas siling kerana masalahnya mungkin berkaitan dengan pendawaian elektrik.
Hubungi kami untuk juruelektrik berlesen yang menyediakan perkhidmatan membaiki kipas siling hari ini!
Khidmat Tukang Rumah Kami
Etika Kerja Kami
- Meletakkan keperluan pelanggan kami sebagai aspek utama
- Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik
- Memahami keperluan pelanggan kami bergantung kepada situasi dari perspektif mereka dan memberi nasihat untuk pengaturan terbaik
- Fokus untuk memenuhi keperluan pelanggan
Testimoni
“ Terima kasih kerana membantu saya membaiki kipas siling di ruang makan saya dengan cepat dan cekap. ”
Puan Sangeetha
Hubungi Kami
DNTY Resources (LA0023651-W)
Telefon
Alamat
Block A-113 PSN Desa Serdang 2,
Taman Desa Serdang, 43300,
Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 9am - 6pm
"*" indicates required fields